Mac 18, 2018

Pertama sekali, suatu tinjauan semula bagi ramalan minggu lepas, yang terbukti tepat bagi matawang kripto:

  • EUR/USD. Dalam memberi ramalan bagi pasangan ini, sebilangan besar penganalisis berpendapat pasangan ini akan kekal di dalam saluran sisi 1.2150-1.2550 yang merupakan lingkungan pergerakan saluran ini sejak pertengahan Januari. Pada hakikatnya, ini adalah apa yang berlaku, sungguhpun dengan kemeruapan yang lebih rendah daripada apa yang dijangka. Perbezaan di antara paras tertinggi (1.2412) dan paras terendah (1.2260) mingguan hanya sekitar 150 mata. Pasangan ini mengakhiri minggu lepas pada 1.2288, hanya 17 mata di bawah paras permulaannya;
  • Sungguhpun hanya 20% daripada pakar-pakar dan analisis grad pada D1 menjangka pertumbuhan GBP/USD, pasangan ini mula naik pada permulaan minggu dan mencapai paras 1.4000 pada hari Selasa. Walau bagaimanapun, pasangan ini tidak berjaya melintasi paras rintangan ini dan pada akhir minggu, turun ke 1.3935, yang dinamakan sebagai Titik Picot bagi Februari-March ini;
  • USD/JPY. Ramalan pakar-pakar mengenai  pasangan ini adalah terbahagi tiga minggu lepad: 33% menyokong bull, 33% menyokong bear dan yang lain adalah di tengah. Pada hakikatnya pasagan ini bergerak secara tidak menentu juda: pada mulanya, ia jatuh sedikit, kemudian naik sedikit, kemudian jatuh semula. Ramalan yang paling tepat adalah yang diramalkan oleh analisis graf yang menramalkan saluran sisi 105.25-107.65, yang merupak lingkungan pergerakan pasangan ini sepanjang minggu (minimum - 105.59, maksimum 107.28);
  • Mengenai bitcoin, pakar-pakar menjangka kejatuhannya ke 7,740: BTC/USD jatuh ke 7,638 menjelang Khamis. Ramalan ini adalah sangat tepat dan ralat dalam menentukan sasaran adalah hanya lebih kutang 1%.
    Ramalan-ramalan bagi Ethereum, Litecoin dan Ripple yang tepat mengecewakan pemilik-pemilih matawang-matawang. Pakar-pakar meramalkan matawang-matawang maya ini akan kehilangan 10% ke 20% nilainya. Pada 15 March, semua pasangan-pasangan ini mencapai paras bawah tempatan: Ethereum jatuh dengan 21.67% (dari 721.50 ke 565.09), Litecoin sebanyak 20.4 (dari 186.71 ke 148.59) dan Ripple sebanyak 25.9% (dari 0.767 ke 0.568). Sungguhpun begitu, penyokong bull masih dapat memenangi kembali sebahagian daripada kerugian ini. Menjelang akhir minggu, ETH/USD kehilangan 15.6%, LTC/USD kehilangan 10.2%, dan XRP/USD kehilangan 18.0%. BTC/USD mengalami kerugian paling sedikit, kira-kira 7.7%.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • Acara-acara penting bagi pasangan dolar dijangka pada Rabu 21 March: acara utama adalah keputusan Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah. Menurut ramalan, kadar ini akan dinaikkan dari 1.50% to 1.75%, yang berkemungkinan besar menyebabkan dolar semakin kuat.
    Bagi EUR/USD, lebih 80% daripada penunjuk trend dan 85% daripada pengayun meramalkan kejatuhan. Sungguhpun begitu, hampir separuh daripada pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada D1, berpendapat pasangan ini akan kekal dalam trend sisi, dalam 1.2275-1.2445, pada permulaan minggu. 15% daripada pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual, dan trend bull mungkin akan menolak pasangan ini naik menjelang keputusan Fed.
    Jika pasangan ini jatuh, zon sokongan adalah 1.2150-1.2200, seterusnya pada 1.2000;
  • GBP/USD. Pada penghujung minggu lepas, penunjuk pada H4 mengambil posisi neutral, manakala pada D1 menunjuk ke atas, meramalkan trend dua-minggu dan yang lebih luas dari Januari 2017 akan berterusan. Sasaran terdekat adalah pada 1.4000, 1.4065 dan 1.4145.
    Walau bagaimanapun, tidak seperti penunjuk, pakar-pakar mengambil kira data ekonomi dalam membuat ramalan. Terdapat pelbagai acara yang mampu mempengaruhi dolar dan paun pada minggu hadapan, dengan penerbitan data-data penting pada Selasa, Rabu dan Khamis. Kebanyakan penganalisis (60%) meramalkan matawang British untuk menjadi lemah dan kejatuhan pasangan ini. Sokongan terdekat adalah dalam zon 1.3710-1.3760. Dalam kes keruntuhan, pasangan ini mungkin akan jatuh ke 1.3445-1.3585;

  • Ramalan bagi USD/JPy adalah seperti berikut: 70% daripada pakar, analisis graf pada D1 dan 90% daripada penunjuk pada H4 dan D1 menunjuk ke arah selatan, menanti pasangan ini terus bergerak dalam saluran jangka masa sederhaha. Rintangan adalah pada 106.40, 106.75 dan 107.25. Sokongan adalah pada 105.25, 104.50 dan 1040.00.
    Bagi jangka masa sederhana, bilangan penyokong trend bull di kalangan penganalisis meningkat dari 30% ke 65%. Sasaran adalah untuk meningkat ke zon 108.00-110.00;
  • Ramalan bagi pasangan matawang kripto utama adalah seperti berikut. BTC/USD: pakar-pakar meramalkan pasangan ini kembali ke paras tertinggi minggu yang lepas. Ramalan mereka menyatakan pasangan ini akan naik ke 8,850-9,400. ETH/USD: pertumbuhan ke 655.00, dan kemudian ke 670.00-740.00. LTC/USD: pertumbuhan ke 170.00-181.00, dan jika berjaya melintasi rintangan, kenaikkan ke 193.00. XRP/USD: sasaran adalah 0.688-0.780, dengan kemungkinan pasangan ini naik ke 0.810 pada penghujung minggu.

Kami perlu menyatakan di sini bahawa acara-acara yang kecil juga mampu mempengaruhi trend dan kemeruapan matawang kripto. Maka kami amat mencadangkan kepada anda untuk mengamalkan pengurusan wang bijak, yang mana, digabungkan dengan leveraj 1:1000 akan mengurangkan risiko perdagangan anda dengan ketara. Dengan leveraj sebegini, bagi pesanan membeli 10 Bitcoin, 100 Ethereum, 500 Litecoin atau 100,000 Ripple, anda hanya memerlukan $100, dan anda boleh menyimpan baki wang anda sebagai simpanan.

https://ms.nordfx.com/promo/tradecrypto.html

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami