April 22, 2018

Pertama sekali, ulasan bagi ramalan minggu lepas:

  • Pasangan EUR.USD kekal dalam saluran sisi jangka sederhana 2018, zon 1.2200-1.2525, dengan lebih tepat, dalam bahagian tengahnya. Kemeruapan pasangan ini berkurangan beransur-ansur berbanding dengan awal tahun ini. Minggu lalu pakar-pakar menyatakan zon 1.2215 sebagai paras sokongan terdekat dan 1.2410 sebagai rintangan. Dalam lingkungan ini, pasangan ini telah mencapai minimum - 1.2250 dan maksimum - 1.2413, bererti lingkungan kemeruapan adalah kurang daripada 165 mata. Pasangan mengakhiri minggu perdagangan yang lepas pada 1.2288;
  • Pasangan GBP/USD. Hampir semua penunjuk (85%), bersama dengan 40% daripada penganalisi menyokong pembelian pasangan ini, menyatakan rintangan 1.4345 sebagai sasaran terdekat. Pada permulaan minggu lepas, pasangan ini terus bertumbuh dan pada ketika tertentu, mencapai 30 mata lebih tinggi daripada sasaran tersebut. Gerakan ini nampaknya adalah palsu. Pasangan ini tidak mampu kekal pada ketinggian 1.4375 walaupun untuk satu jam. Seperti apa yang diramalkan oleh 60% daripada pakar-pakar, pasangan ini jatuh dan mencapai paras terendah mingguan dalam zon 1.4000 pada hari Jumaat;
  • dalam memberi ramalan bagi pasangan USD/JPY, kebanyakan pakar-pakar (70%) berpendapat pergerakan mingguan akan berlaku dalam zon 107.00-108.50. Dengan mengambil kira tindak balas biasa, ramalan ini terbukti tepat, dan pasang ini kekal di dalam 106.87-107.85 dalam pergerakan sisi. Pasangan ini mengakhiri minggu perdagangan berdekatan dengan paras permulaannya, di sekitar 107.64;
  • dengan sedikit toleransi, ramalan matawang kripto adalah tepat sekali lagi. Pergerakan arah utara yang diramalkan telah berlaku. Bagi BTC/USD, pasangan ini diramalkan naik ke 8,575. Realitinya adalah pasangan ini naik ke 8,535 menjelang penghujung hari Jumaat dan kemudian naik ke sasaran.
    Bagi Ethereum, sasarannya adalah 600, yang mana tercapai dalam malam Jumaat sehingga pagi Sabtu. Pada masa yang sama, pasangan LTC/USD melintasi ketinggian 145.00 yang telah diramalkan oleh pakar-pakar dan pasangan XRP/USD naik melepasi paras 0.85.

 

Bagi ramalan untuk minggu yang akan datang, mengulas pendapat-pendapat para penganalisis berserta ramalan yang dibuat berdasarkan pelbagai kaedah analisis teknikal dan graf, pendapat kami adalah seperti yang berikut:

  • EUR/USD. Majoriti besar (75%) pakar-pakar, bersama analisis graf pada D1, masih meramalkan pergerakan pasangan ini di dalam saluran sisi 1.2200-1.2415. Dalam kes ini, pasangan ini dijangka akan jatuh ke batasan bawah dan hanya akan naik selepas itu. Bacaan pengayun mengesahkan senario ini, 15% daripadanya telah memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual.
    Dalam meramal bagi awal Mei, analisis graf dan hampir separuh daripada penganalisis menjangka pasangan ini akan naik ke paras tertinggi Februari 2018, sekitar 1.2555. Jika trend bear berkuat kuasa, pasangan ini mungkin jatuh ke paras 1.1915-1.2085.
    Pembentukan trend akan dipengaruhi oleh keputusan dalam kadar faedah dan sidang akhbar ECB pada Khamis 26 April, bersama data tahunan GDP US, yang akan dikeluarkan pada Jumaat 27 April;

  • GBP/USD. Penunjuk trend jelas menunjukkan arah selatan berikutan keputusan minggu lepas. Sungguhpun begitu, 60% daripada pakar-pakar, dengan sokongan analisis graf pada D1, berpendapat 1.4000 adalah batasan bawah bagi saluran sisi mingguan 1.4000-1.4245. Rintangan seterusnya terletak di 1.4375. 20% daripada pengayun memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual.
    40% daripada penganalisis menyokong trend bear dan menjangka pasangan ini akan melintasi paras 1.4000 dan jatuh ke sokongan 1.3885 terlebih dahulu dan kemudian lebih rendah ke zon 1.3745;
  • USD/JPY. 85% daripada penganalisis, 100% penunjuk trend pada H4 dan 80% pada D1, analisis graf dan majoriti besar pengayun berpendapat dolar akan semakin kuat dan pertumbuhan pasangan ini. Pada H4, analisis graf menyatakan koridor 107.25-108.05. Pada D1, julat pergerakan adalah lebih luas - kejatuhan ke sokongan pada 106.60 terlebih dahulu, dan kemudian baik ke zon 109.00. Senario ini disokong oleh satu suku pengayun yang memberi isyarat bahawa pasangan ini telah terlampau dijual.
    Hanya 15% daripada penganalisis menyokong kejatuhan pasangan ini ke sokongan 105.00 pada masa ini. Walau bagaimanapun, bagi jangka sederhana, satu pertiga daripada pakar-pakar menyokong kemungkinan ini;
  • Matawang kripto. Setelah BTC/USD naik ke 9,000, pakar-pakar menjangka pasangan ini akan jatuh kembali ke zon 7,785-8,200. Dalam kes ini, kejatuhan mungkin lebih kuat dan pasangan akan kembali ke zon 6,585-7,100. 
    JIka Ethereum melintasi sokongan 500.00, pasangan ETH/USD boleh kembali ke zon 360-430. Sokongan bagi pasangan LTC/USD adalah 135, 122 dan 110. Sokongan bagi pasangan XRP/USD adalah 0.67, 0.55 dan 0.43.
    Peluang-peluang pertumbuhan bagi pasangan-pasangan kripto ini, mengikut pakar-pakar, adalah terbatas kepada ketinggian Sabtu-Ahad April 21 dan 22.

 

Para pedagang yang dihargai, syarikat brokeraj NordFX menawarkan kepada anda, peluang untuk menjana keuntungan dalam kedua-dua pertumbuhan dan kejatuhan matawang kripto, menggunakan nisbah leveraj sehingga 1:1000.

Deposit dan pengeluaran dana dalam USD, bitcoin dan Ethereum.

 

Roman Butko, NordFX


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami