April 27, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Seperti yang diramal sebelum ini, matawang euro telah kembali ke sempadan saluran menurun selama empat bulan berturut-turut. Melihat keadaan itu, 70% penganalisis yang turut disokong oleh analisis grafik meramalkan matawang tersebut akan terus kehilangan nilainya, jatuh ke zon paling rendah tahun 2019, 1.1175-1.1185. Unjuran statistik ekonomi AS yang kukuh telah memberi tekanan kepada euro untuk sepanjang minggu, membuktikan kesahihan ramalan ini. Apa yang berlaku adalah lebih teruk, jatuh ke paras 1.1110 pada tengah hari Jumaat, 26 April.
    Data makroekonomi yang dikeluarkan dilihat agak positif. Permintaan bagi produk modal meningkat daripada 0.1% kepada 1.3%, manakala KDNK naik satu peratus jika dibandingkan suku sebelumnya (3.2% berbanding 2.2%). Namun, pasaran menganggap sasaran yang ditetapkan telah tercapai. Posisi telah ditutup menjelang hujung minggu, dan selepas berlakunya sedikit pembetulan, pasangan ini berhenti pada paras 1.1147 sebagai kedudukan terakhirnya;
  • GBP/USD. Ramalan bagi pasangan ini juga hampir tepat. Jika diimbas kembali, kebanyakan penganalisis (75%) mengatakan bahawa pasangan ini mampu untuk melepasi paras sokongan jangka sederhana di sekitar 1.2975, dan selepas itu meluru ke zon di antara 1.2770-1.2830.
    Ini yang sebenarnya berlaku: pasangan ini menembusi paras sokongan tersebut pada hari Selasa, 23 April dan kemudian turun dengan tiba-tiba. Paras paling rendah pada minggu tersebut adalah pada 1.2865, dan pasangan ini mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada 1.2915;
  • USD/JPY. Pendapat penganalisis mengenai pergerakan pasangan ini pada minggu lalu terbahagi hampir sama banyak: satu pertiga memilih pertumbuhan, satu pertiga bersetuju dengan penurunan, dan baki satu pertiga lagi mahukan pergerakan lateral untuk terus berlaku. Apa yang kadang-kala berlaku, ramalan yang tidak begitu jelas itulah yang benar-benar berlaku. Pada mulanya, pasangan ini bergerak pada saluran sisi sempit yang hanya berkelebaran 15 poin. Kemudian, turun naiknya mula berkembang dengan perlahan-lahan, pasangan ini naik ke paras 112.40, dan mungkin disebabkan perkara sama yang berlaku ke atas dolar dan juga yuan (USD/CNY), nilainya tidak dapat menandingi yen Jepun selepas itu, mencecah paras paling rendah pada 111.35. Kemudian, pasangan ini kembali ke paras hampir pada 111.60 setelah kerugian lebih kurang 30 poin dalam masa seminggu;
  • Matawang Kripto. Seperti yang sering dinyatakan, pergerakan matawang kripto sangat dipengaruhi oleh berita semasa. Dalam masa yang sama, 65% penganalisis percaya walaupun terdapatnya berita yang positif, BTC/USD akan gagal melepasi paras rintangan pada $5,500 dalam masa terdekat. Jika keadaan menjadi semakin teruk, bear akan cuba membawa pasangan ini ke paras sokongan pada $4,600.
    Secara amnya, ramalan tersebut boleh dianggap benar. Beberapa percubaan dilakukan pada pertengahan minggu bagi menyatukan nilainya ke paras melebihi sempadan atas eselon ini, dan pasangan tersebut kekal di sekitar $5,650 buat sementara waktu. Namun, selepas terbongkarnya berita mengenai pejabat Pendakwaraya New York melakukan pertuduhan ke atas bursa matawang kripto Bitfinex yang menyembunyikan dana korporat dan pelanggan sebanyak $850 juta pada hari Khamis, 25 April, sebut harga Bitcoin turun menjunam. Di beberapa bursa, harga BTC jatuh ke paras $4,600 dan di Bitfinex, penurunan terhenti pada $5,065.
    Pihak pengurusan bursa menafikan sepenuhnya tentang apa-apa kerugian yang dialami dengan menyatakan dana tersebut tidak hilang, tetapi telah dirampas. Bursa itu dengan sedaya upaya cuba untuk mengembalikannya dan akan mempertahankan nama baik mereka di mahkamah. Kisah jenayah ini masih tidak berpenghujung. Dalam pada itu, sebut harga pasangan ini kembali ke paras pada permulaan minggu, di zon $5,370.
    Tidak seperti Bitcoin, altcoin utama yang lain tidak mampu untuk kembali ke paras terakhir mereka selepas mengalami penurunan. Ethereum (ETH/USD) kerugian kira-kira 9.5% sepanjang minggu, Litecoin (LTC/USD) turun sebanyak 11.0%, dan Ripple (XRP/USD) kerugian dengan jumlah peratus yang sama (10.4%).

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Prestasi ekonomi AS yang sedikit bagus serta kebimbangan yang mula timbul berkenaan ekonomi di Eurozone, terutamanya di Jerman telah memaksa pelabur untuk menggunakan dolar sebagai perlindungan terhadap risiko politik dan juga ekonomi global. Justeru, pada 28 April, satu pilihan raya parlimen yang tidak diduga akan diadakan di Sepanyol, dan dalam masa sebulan selepas itu, pilihan raya Parlimen Kesatuan Eropah pula akan dijalankan, didorong dengan masalah Brexit. Hasil keputusan yang tidak jelas memberi tekanan kepada matawang euro.
    Bagi Amerika Syarikat, pasaran menunggu retorik pihak Rizab Persekutuan dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 1 Mei. Fokus utamanya adalah isu berkenaan kebarangkalian berlakunya pengurangan kadar faedah. Antara cerita lain yang akan berlaku pada minggu hadapan dan perlu diberi perhatian adalah laporan inflasi di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada hari Isnin 29 April; data KDNK Eurozone dan juga Indeks Harga Pengguna (HICP) di Jerman pada hari Selasa; dan juga data pasaran pengguna di Eurozone serta pasaran buruh AS (termasuklah NFP) pada hari Jumaat, 3 Mei.
    Minggu lalu, pasangan EUR/USD jatuh ke paras 111.10, bukan saja paras paling rendah bagi tahun 2019, malah paling rendah sejak pertengahan tahun 2017. 75% penganalisis yang disokong oleh 90% indikator pada D1 percaya penurunan ini belum lagi berakhir, pasangan ini mungkin akan mencecah sempadan bawah saluran ke arah bawah di sekitar 1.1080 pada permulaan, dan kemudian turun lagi ke zon di antara 1.0970-1.1030.
    Baki 25% penganalisis masih lagi percaya pasangan ini mungkin akan berlegar-legar pada julat antara 1.1110-1.1250 dengan Pivot Point di sekitar 1.1175 buat sementara waktu. Analisis grafik pada H4 dan 10% pengayun pada D1 berkongsi pendapat yang sama setelah menunjukkan pasangan ini telah terlebih jual.
    Perhatian perlu diambil semasa beralih ke ramalan jangka sederhana, hampir 55% bull yang memihak kepada Euro percaya bahawa pasangan ini akan kembali ke zon antara 1.1400-1.1600;

  • GBP/USD. Pasangan ini telah menembusi paras sokongan jangka sederhana pada nilai 1.2975, majoriti penganalisis (90%) yang turut disokong 100% pangayun serta indikator trend pada D1 percaya bahawa ia sekali lagi akan cuba untuk berada di paras paling rendah pada 25 April iaitu 1.2865, dan jika berjaya, turun ke paras di antara 1.2770-1.2830. Pandangan berbeza dibuat 10% penganalisis dan analisis grafik pada D1 yang menunjukkan zon antara 1.2985-1.3015 adalah sasaran paling hampir. Paras rintangan seterusnya adalah pada 1.3065.
    Seperti sebelumnya, 60% penganalisis masih berharap Bank of England akan menaikkan kadar faedah untuk jangka masa sederhana, seterusnya mengukuhkan lagi matawang British. Mesyuarat antara pengawal selia yang seterusnya akan diadakan pada hari Khamis, 2 Mei. Namun, kemungkinan untuk berlakunya kenaikan kadar adalah hampir kepada sifar pada minggu in;
  • USD/JPY. Pergerakan pasangan ini dilihat masih tidak lagi jelas, dan pendapat penganalisis hampir terbahagi sama rata. Kelebihan sedikit (55%) memihak kepada bull, mereka menjangkakan ia untuk kembali ke paras 112.00, dan berkemungkinan akan berada pada paras 24 April iaitu 112.40.
    45% daripada penganalisis dan juga analisis grafik pada H4 sangat tidak bersetuju dengan ramalan tersebut, mereka percaya nilai dolar akan terus menjunam, pertama sekali ke paras 111.35, dan kemudian turun ke paras 110.85;
  • Matawang Kripto. Dalam situasi yang tak menentu, pendapat penganalisis terbahagi kepada tiga kelompok: penggemar bear (mereka mensasarkan $4,800 untuk Bitcoin), penggemar bull (mereka mensasarkan $5,700) dan penyokong trend sisi (Pivot poin pada $5,300). Dalam masa yang sama, 70% responden percaya bahawa BTC/USD akan naik ke paras melebihi $6,000 dalam bulan Mei.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami