Mei 3, 2019

Bermula tahun 2017, syarikat broker NordFX telah diiktiraf dengan pelbagai anugerah professional di atas pencapaian dan inovasi dalam dagangan kripto. Dan pada penghujung bulan April lalu, satu lagi anugerah di tambah ke dalam koleksi itu: NordFX telah dinamakan sebagai Broker Matawang Kripto Terbaik menurut portal online antarabangsa FXDailyinfo.

 

Tahun 2018 dilihat sebagai tahun yang mencabar bagi pasaran matawang kripto. Dalam keadaan yang sering digelar dengan nama “kedinginan kripto”, NordFX bukan saja menawarkan pelaburan dalam aset digital kepada pelanggannya, malah membuat dagangan secara aktif, memperoleh keuntungan daripada jualan serta belian yang mereka lakukan.

Bagi dagangan bursa, penganalisis IT syarikat itu berjaya menghubungkan platform paling dikenali di dunia iaitu MetaTrader 4 dan 5 dengan sebuah laluan yang khusus, menghasilkan dagangan unik tertentu serta kluster analitikal yang bukan saja situasi pasaran boleh dianalisis dengan cepat, malah keuntungan daripada transaksi jangka pendek bagi turun naik paling kecil di pasaran juga boleh diperoleh.

Disebabkan oleh Kedalaman Pasaran, segala transaksi adalah telus, dan setiap had order dapat dilihat oleh semua pedagang yang menyertai. Dalam masa yang sama, pelanggan berdagang sesama sendiri secara eksklusif, dan penyertaan broker dalam sebarang transaksi adalah dikecualikan.

18 pasang kripto biasa, pasangan bersilang, dan 4 indeks kripto yang beroperasi 24/7/365, tanpa henti atau cuti. Dalam pada itu, pelanggan NordFX boleh menambah keuntungan mereka 10 kali ganda dengan dagangan margin. Hanya $100 (MetaTrader 5) atau $300 (MetaTrader 4) diperlukan bagi membuka posisi 1 Bitcoin.

Perlu juga diingat bahawa servis NordFX amat dipercayai: sepanjang ianya diwujudkan (NordFX telah berada di pasaran selama sepuluh tahun), ia memiliki pengalaman meluas dalam menghalang serangan penggodam yang menggunakan perisian paling canggih. Disebabkan itu, syarikat berkenaan tidak pernah digodam langsung selama ini, berbeza dengan bursa kripto yang sering menghadapi serangan penggodam ke atas walet pelanggan mereka.

Pemenang bagi pencalonan Anugerah FXDailyinfo ditentukan oleh undian bebas pengunjung portal online berkenaan, menjadikan ia suatu anugerah yang menjadi rebutan kerana kemenangan yang diperoleh mencerminkan pandangan komuniti profesional. Kami dengan ikhlas berterima kasih dengan semua undian yang dibuat untuk NordFX sebagai tanda penghargaan di atas kerja keras kami.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami