Mei 18, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Pilihanraya di Parlimen Kesatuan Eropah dan juga episod berkenaan Brexit yang tiada penghujung terus memberi tekanan kepada matawang Eropah. Malah ketegangan perang dagangan antara AS-China juga tidak dapat membantu euro: walaupun kepimpinan PRC terus memberi tentangan, pasaran ingin melihat kejayaan pihak AS. Kegagalan China secara automatiknya akan memburukkan lagi masalah yang berkait rapat dengan Eurozone.
    Jika diimbas ramalan bulanan, 70% penganalisis berpendapat pasangan ini akan terus bergerak di sepanjang saluran menurun jangka sederhana dan sekali lagi akan cuba turun ke paras terendah bulah April iaitu 1.1110. Minggu lalu telah mengesahkan kebenaran ramaian ini: pasangan ini kerugian hampir 80 poin dalam tempoh lima hari dan berakhir tidak jauh dari sasaran yang telah ditetapkan, di sekitar 1.1155;
  • GBP/USD. Semuanya adalah seperti biasa bagi pasangan ini, pergerakannya masih lagi bergantung pada satu patah perkataan, Brexit. Pada minggu lalu, kami telah kemukakan pendapat bahawa Perdana Menteri May tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini. Kini, dada-dada akhbar mula dipenuhi dengan khabar tentang perletakan jawatan beliau. Kegagalan (atau ketidakmampuan) pihak kerajaan untuk mencapai kata putus bersama pihak pembangkang telah menyebabkan nilai pound jatuh. Hasilnya, pasangan ini dengan mudah mencecah paras paling rendah bulan April iaitu pada 1.2715, kerugian sebanyak 285 poin setelah memulakan minggu pada paras 1.3000;
  • USD/JPY. Hasil bagi pasangan ini adalah hampir kosong pada minggu lalu, perbezaan sebut harga antara tengah malam hari Jumaat, 10 Mei dan juga 17 Mei tidak lebih daripada 10 poin, dan pasangan ini mengakhiri minggu pada paras 110.00; 
  • Matawang Kripto. Sebilangan orang telah menjangkakan perkara ini: dalam tempoh enam hari, sebut harga Bitcoin melonjak 30%, mencecah nilai $8,335 pada hari Khamis 16 Mei dan paras itu melebihi ramalan paling optimis penganalisis hampir $1,000. Peningkatan sebanyak 120% yang telah dicatatkan sejak permulaan tahun itu menunjukkan akan tibanya musim baru selepas musim dingin kripto, iaitu “crypto spring”, menurut pengasas bersama Fundstrat Global Advisors, Tom Lee.
    Punca ketibaan mood “berbunga” ini adalah disebabkan penutupan posisi pendek oleh pelabur-pelabur utama dan pembukaan posisi panjang pada paras antara $5,500-6,000, dan disertai pula oleh pelabur-pelabur kecil selepas itu. Sesetengah penganalisis percaya kekecohan yang melanda akibat perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China memainkan peranan penting, membuatkan pelabur China mengambil keputusan untuk melindungi modal mereka dengan melabur pada Bitcoin.
    Namun, matawang kripto utama itu gagal untuk mengekalkan kedudukannya. Sebahagian pelabur mula mengeluarkan keuntungan, dan menjelang petang Jumaat, 17 Mei, pasangan BTC/USD jatuh ke paras $7,000, kerugian hampir separuh keuntungan yang diperoleh bear dan membiarkan pelabur yang telah membuka posisi panjang bagi paras di atas zon ini dengan kerugian.
    Seperti biasa, altcoin utama mengikuti setiap jejak langkah “abang kawasan”. Hasilnya, Litecoin (LTC/USD) naik sebanyak 11% berbanding minggu lalu, Ripple (XRP/USD) pula sebanyak 25%, dan Ethereum (ETH/USD) menunjukkan hasil terbaik dengan 30%.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Perkara paling utama yang harus diberi tumpuan pada minggu ini adalah terhadap pihak Rizab Persekutuan Amerika. Ketua organisasi ini, Jerome Powell, akan memberi ucapan semasa persidangan tahunan pasaran kewangan pada hari Selasa, 21 Mei, dan laporan mengenai risiko sistem kewangan AS. Pada hari berikutnya, minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan pada 1 Mei lalu akan dikeluarkan. Para pelabur ingin mengetahui isi kandungan laporan tersebut dam protokol polisi kewangan yang dicadangkan pihak Rizab, serta ramalan ke atas ekonomi AS yang akan dibuat selepas itu.
    Buat masa ini, semuanya kelihatan optimis, dan 75% penganalisis, disokong oleh kebanyakan majoriti pengayun dan 100% indikator trend pada H4 dan D1 mengunjurkan pengukuhan matawang AS akan terus berlaku. Pada pandangan mereka, sudah tentu pasangan ini akan cuba untuk melepasi paras sokongan di sekitar zon paling rendah bulan April dan akan turun di bawah paras 1.1100.
    Dalam masa yang sama, 15% pengayun telah memberi amaran bahawa pasangan ini telah terlebih jual. Pembetulan ke arah atas juga turut dijangka akan berlaku oleh 25% penganalisis dan juga analisis grafik pada D1, dan menyebabkan kenaikan pasangan ini ke paras rintangan pada 1.1265, malah mungkin lebih tinggi iaitu pada ketinggian 1.1335. Namun, seperti yang telah diperkatakan, segala aktiviti pada 21 dan 22 Mei seperti yang disenaraikan di atas mampu mempengaruhi pergerakan pasangan ini;

  • GBP/USD. Pasaran seperti tidak tahu apa lagi kejutan yang dijangka akan berlaku dalam episod Brexit yang seterusnya. Bilakah May akan meletakkan jawatannya dan parti British manakah yang akan memenangi undian di Parlimen Kesatuan Eropah? Lebih banyak soalan daripada jawapan, dan dalam situasi seperti ini, majoriti penganalisis (60%) bersikap neutral. Baki penganalisis terbahagi sama rata, 20% memihak kepada bull dan 20% lagi memihak bear.
    Bagi bacaan indikator pula, ia menyamai EUR/USD. Seperti sebelumnya, 15% pengayun berada di zon terlebih jual, dan analisis grafik pada D1 mengatakan pembetulan ke arah atas. Paras sokongan berada pada 1.2665, 1.2614, 1.2475 dan juga 1.2400. Paras rintangannya pula pada 1.2865, 1.3000 dan 1,3165.
    Perhatian harus diambil semasa beralih ke ramalan bulanan yang akan datang, peningkatan sebanyak 65% terhadap bilangan penyokong bull yang menantikan paras nilainya akan naik melebihi 1.3200. Peningkatan dalam indeks harga pengguna (CPI) yang akan diterbitkan pada hari Rabu 22 Mei diharap dapat membantu pound sterling pada minggu ini, indeks yang telah diunjur meningkat dari 1.9% kepada 2.1%;
  • USD/JPY. Data pertumbuhan KDNK negara Jepun akan dikeluarkan pada hari Isnin, 20 Mei, dan penganalisis menjangkakan nilai kosong. Hasil seperti itu memberi gambaran buruk kepada yen, dan penurunan nilainya berbanding dolar akan terus berlaku. 50% penganalisis mengunjurkan pasangan ini untuk naik ke paras 111.00. Satu pertiga daripada penganalisis percaya pasangan ini akan bergerak pada julat antara 109.00-110.00. Pada pendapat baki lagi 20% pula mengatakan matawang Jepun akan mengukuhkan nilainya di sekitar 108 yen bagi setiap $1.
    Dalam masa yang sama, hampir kesemua penganalisis percaya trend utama pasangan ini tidak akan ditentukan oleh Tokyo, tetapi di USA, bergantung pada ramalan pihak Rizab pada hari Selasa dan juga Rabu, dan sudah tentunya perkembangan perang dagangan antara AS-China.
  • Matawang Kripto. Walaupun berlakunya perkara yang tidak diingini pada hari Jumaat lalu, pemilik kripto bull bersama-sama hamster, iaitu gelaran bagi mereka yang mula melabur bitcoin pada musim bunga 2007, mengharapkan penurunan pasangan BTC/USD ke paras $7,000 hanyalah sekadar pembetulan, dan Bitcoin akan terus bertumbuh tidak lama lagi. Lebih 50% penganalisis bersetuju dengan kenyataan itu. Sasaran untuk bulan-bulan mendatang adalah pada paras $10,000. Pada pendapat penganalisis di Canacord Genuity, kadar BTC akan mencecah nilai $20,000 untuk tempoh dua tahun lagi. “Kami telah temui kebetulan yang berlaku antara tempoh 2011-2015 serta 2015-2019 dan menyedari matawang kripto yang pertama beroperasi dalam rangka kerja dengan kitaran empat tahun. Perkara ini mengesahkan bahawa ganjaran para penghasil berlaku setiap empat tahun,” seperti yang ditulis dalam kenyataan mereka.
    Satu perempat penganalisis mencadangkan pasangan ini akan menghadapi kesukaran untuk melalui proses penyatuan di atas paras rintangan pada $8,500 (ia telah berada di paras tersebut sejak berhenti bertumbuh pada Julai lalu) dan akan bergerak menghampiri ufuknya buat seketika, dan kemudian bergerak menjauhinya.
    Akhir sekali, baki 25% penganalisis menjangkakan penurunan Bitcoin ke paras sokongan $6,000, berdasarkan pergerakan pasangan ini dari bulan Februari sehingga November 2018.

 

Roman Butko, NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami