Januari 24, 2020

Syarikat broker NordFX sekali lagi menawarkan peluang untuk dagangan dan juga pelaburan yang menguntungkan dalam pasaran kewangan pada tahun 2020: servis Menyalin Dagangan.

Menyalin Dagangan adalah satu jenis dagangan secara sosial yang ringkas dan jelas di mana transaksi daripada akaun penyedia isyarat akan disalin secara automatik ke dalam akaun mereka yang melanggannya. Servis ini membolehkan pedagang berpengalaman menambah pendapatan dengan berkongsi isyarat dagangan mereka, dan bagi pedagang baru pula - membuat salinan dagangan tersebut. Servis ini juga sesuai untuk mereka yang mahu melaksanakan pelaburan secara pasif di dalam pasaran kewangan kerana ia tidak memerlukan sebarang pengalaman dan meluangkan masa yang banyak untuk berdagang.  

Lebih daripada 30 parameter penyedia isyarat yang boleh anda pilih melalui maklumat statistik lengkap serta data yang dipantau secara online. Dalam pada itu, antara kelebihan Menyalin Dagangan adalah pelanggan mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas akaun mereka. Bila-bila masa saja, pelanggan servis ini boleh menutup satu atau semua salinan dagangan, berhenti dari melanggan isyarat, dan dalam masa yang sama menggunakan akaun tersebut untuk melaksanakan dagangan sendiri. Selain itu, para pelanggan juga boleh melaraskan penyalinan transaksi mengikut dana yang ada serta nisbah risiko/untung yang diingini.

Hakikat bahawa bayaran fi ke atas para pelanggan kepada penyedia hanya dikenakan untuk transaksi yang berjaya dan hanya keuntungan dalam keseluruhan tempoh salinan dibuat juga menjadi satu kelebihan.

Servis baru ini membolehkan anda menyalin dan membuat dagangan daripada keseluruhan alat dagangan yang ada di NordFX bagi akaun Pro, termasuklah pasangan matawang Forex, matawang kripto, emas, perak, minyak, dan indeks saham utama.

Transaksi akan tetap disalin walaupun terminal telah dimatikan, dan para pelanggan tidak perlu membiarkan komputer mereka terpasang 24 jam sehari atau menghabiskan wang untuk menyewa VPS.

Maklumat lanjut mengenai servis Menyalin Dagangan, cara untuk menjadi pelanggan atau menjadi penyedia isyarat boleh didapati menerusi akaun peribadi anda di laman web rasmi broker www.NordFX.com.


« Buletin Syarikat
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami