April 25, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Di Amerika Syarikat, keputusan untuk memperuntukkan wang bagi memulihkan ekonomi mereka dibuat agak cepat, namun berbeza di Euro Zone di mana prosesnya memerlukan perbincangan panjang dan kata sepakat perlu dicapai antara negara-negara yang terlibat. Hal ini telah memberi tekanan kepada matawang euro. Justeru, pada 23 April lalu, Majlis Mesyuarat Kesatuan Eropah telah mencapai persetujuan mengenai langkah-langkah bagi merangsang ekonomi dengan cadangan untuk menghasilkan Dana Pemulihan berjumlah hampir €1 trilion oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah, walau bagaimanapun mereka masih belum dapat memberi kata putus mengenai sumber dana tersebut.
    Pentadbiran AS terus melambakkan wang ke dalam ekonominya. Keputusan untuk dana berikutnya yang berjumlah hampir $0.5 trilion telah dibuat pada minggu lalu, dan sebahagian daripada jumlah tersebut akan digunakan untuk menyokong perniagaan kecil. Pelan tindakan itu dilihat mula menampakkan hasil. Sekurang-kurangnya bilangan permohonan baru manfaat pengangguran turun sebanyak 15% di Amerika Syarikat, manakala pesanan bagi barangan keperluan naik dari -0.8% kepada 0.1%.
    Daya yang terhasil daripada perkara-perkara di atas telah melemahkan nilai Euro kira-kira 100 mata, dan ini mengesahkan ramalan yang diberi oleh majoriti penganalisis (60%). Mereka menjangkakan pasangan ini akan berada di zon sokongan pada paras 1.0750. Kemudian nilainya sedikit pulih dan paras terakhir pasangan ini adalah pada 1.0820;
  • GBP/USD. Ramalan tidak jelas diberikan penganalisis mengenai masa depan matawang British ini. Bagi dinamik pasangan ini pula, ia dijelaskan dengan begitu tepat oleh analisis grafik yang meramalkan penurunannya pada awal minggu dan kemudian pulih menjelang akhir minggu. Inilah yang berlaku: pada mulanya pasangan ini turun ke paras terendah setempat iaitu pada 1.2245, kemudian naik ke paras 1.2415, dan mengakhiri lima hari dengan berada di zon 1.2365;
  • USD/JPY. Zon 107.00 telah menjadi paras sokongan/rintangan penting untuk beberapa bulan malah tahun ke belakang. Pasangan ini telah bergerak hampir dengan paras itu beberapa hari yang lepas. Majoriti penganalisis (70%) menjangkakan bear akan cuba melepasi paras itu dari arah atas, dan itulah yang berlaku sepanjang minggu. Namun, tiada satu pun yang berjaya, malah bear gagal untuk berada hampir dengan paras utama itu. Akhirnya, pasangan ini terus berada di saluran yang amat sempit iaitu di antara 107.25-108.00, dan mengakhiri sesi dagangan pada paras 107.40;
  • Matawang Kripto. Minggu lalu adalah satu kejayaan bagi Bitcoin. Pertarungan untuk merebut paras $7,000 berlaku sepanjang permulaan minggu. Ia bermula pada 20 Mac, dan seperti jangkaan kebanyakan penganalisis (60%), kejayaan akhirnya milik bull. Harga matawang kripto utama mencecah paras $7,750 pada hari Khamis, 23 April – nilai tertinggi Bitcoin setelah pasaran jatuh pada 12-13 Mac. Justeru, pertumbuhan sepanjang tempoh ini adalah melebihi 100%.
    Menurut sebilangan penganalisis, selain daripada pengurangan penghasilan BTC yang akan datang, pasaran matawang kripto telah dibantu oleh pertambahan korelasi antara Bitcoin dan juga pasaran saham AS (S&P 500) serta minyak. Bitcoin masih lagi sebuah aset berisiko, namun sedikit demi sedikit ia berjaya menarik minat para pelabur. Menurut penerbitan rasmi seperti Bloomberg, dikala dunia sedang menghadapi krisis, dan banyak negara yang terus mencetak wang dalam jumlah yang besar, Bitcoin mempunyai peluang menjadi separa matawang seperti emas berbentuk digital. Para penganalisis percaya ia mampu untuk berbuat demikian.
    Setelah pasangan BTC/USD meluru untuk berada pada paras $7,750, perubahan arah pergerakan berlaku pada hari Jumaat, 24 April, dan pasangan ini bergerak ke arah sisi di saluran yang agak sempit antara $7,440-7,600. Jumlah modal pasaran kripto telah melepasi nilai $215 bilion, pertambahan sebanyak 7% sepanjang minggu, manakala bacaan Indeks Fear & Greed Kripto meningkat daripada 15 kepada 20.
    Bagi altcoin ternama pula, pertumbuhan mereka tidak begitu ketara. Nilai Ethereum (ETH/USD) naik sebanyak 8%, Ripple (XRP/USD) - naik 2.5%, dan Litecoin (LTC/USD) pula kembali ke paras Pivot Point pada awal April lalu;
  • Pasaran Saham. Sejak syarikat broker NordFX menawarkan bukan sahaja dagangan pasaran Forex dan kripto kepada para pelanggan mereka, malah dalam transaksi saham, indeks saham, serta melabur dalam dana pelaburan khusus, kami mengambil keputusan untuk meluaskan lagi ulasan kami terhadap segmen yang agak penting dalam pasaran kewangan.
    Baru-baru ini pasaran saham AS mengalami pertumbuhan apabila berita mengenai Senat meluluskan peruntukan sebanyak $484 billion sebagai sokongan tambahan telah tersebar. Pertumbuhan aset-aset berisiko turut dibantu oleh aktiviti ekonomi yang dijangka akan mula berjalan seperti biasa. Dua negeri di AS telah mengumumkan pemansuhan kuarantin secara berkala, manakala beberapa lagi buah negeri dijangka akan mengambil langkah yang sama. Keputusan untuk melonnggarkan sekatan juga telah dibuat oleh beberapa buah negara di Eropah.
    Minggu lalu, peneraju perkhidmatan online seperti Amazon, Netflix, Apple telah menunjukkan prestasi terbaik mereka, Amazon dianggap sebagai pilihan utama pengguna manakala Apple dan juga Google adalah yang terbaik dalam perkhidmatan telekomunikasi. Namun akibat daripada kejatuhan saham niaga hadapan “cecair emas” ke paras negatif, saham syarikat-syarikat minyak tidak begitu menggembirakan pemilik dan juga pedagang yang telah membuka posisi long.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Rizab Persekutuan AS terus melambakkan pasaran dengan likuiditi dolar dalam jumlah yang besar, dan jika mengikut teori, hal ini akan menyebabkan penyusutan nilai dolar. Namun ia sekadar teori. Mengikut unjuran, defisit belanjawan AS akan mencecah $3.8 bilion atau bersamaan 18.6% daripada KDNK negara tersebut, manakala hutang negara akan meningkat kepada 107% daripada KDNK. Walau bagaimanapun, kos pembayaran semula hutang-hutang ini kekal pada kadar 2% KDNK. Semua ini berpunca daripada penurunan kadar hasil bon Perbendaharaan AS. Selain itu, permintaan bagi hutang kerajaan AS dari luar masih lagi tinggi, dan ini memberi peluang tambahan kepada pihak Rizab dalam melonggarkan polisi kewangan mereka. Sudah tentu semua ini masih tidak dapat menyelamatkan AS daripada mengalami kemelesetan, namun kegagalan ekonomi di Eropah dijangka akan lebih teruk.
    Antara peristiwa penting yang kita harus berikan tumpuan pertamanya adalah keputusan pihak Rizab dan juga ECB mengenai kadar faedah serta kenyataan rasmi oleh pihak pengurusan mereka pada 30 April. Selain itu, kesemua indikator makroekonomi akan dikeluarkan pada hari Khamis, ini termasuklah data pasaran buruh di Jerman, Amerika Syarikat, dan juga Eurozone. Sebagai tambahan, kita juga akan mengetahui keadaan pasaran pengguna serta KDNK di Eurozone.
    Sehari sebelum itu iaitu pada hari Rabu, data KDNK di AS akan dikeluarkan, manakala sehari selepasnya iaitu pada hari Jumaat, indeks pembuatan serta pekerjaan ISM di AS pula akan diketahui.
    Semasa ramalan ini ditulis, majoriti penganalisis (80%) yang turut mendapat sokongan 70% pengayun dan juga 90% indikator trend pada D1 menjangkakan pengukuhan nilai dolar serta penurunan pasangan ini. Paras sokongan berada pada 1.0775, 1.0725, manakala sasaran mereka adalah pada paras 1.0650.
    Hanya 20% penganalisis mengharapkan pertumbuhan pasangan ini, dengan analisis grafik pada H4 berpihak kepada mereka. Paras rintangannya adalah pada 1.1000, 1.1065, 1.1100 dan 1.1150;

  • GBP/USD. Seperti yang telah kami katakan, Britain dijangka akan menjadi negara paling terkesan dengan coronavirus. Risiko politik dan juga ekonomi yang dikaitkan dengan Brexit juga belum berakhir. Walau bagaimanapun, para pelabur berharap penyelesaian akhir mengenai isu perpisahan dengan EU akan ditunda lebih lama, atau melihat pada keadaan sekarang, sekurang-kurangnya Britain mampu memperoleh lebih banyak syarat-syarat menguntungkan daripada Kesatuan Eropah.
    Seperti yang berlaku kepada EUR/USD, kebanyakan penganalisis mengunjurkan penurunan pasangan ini. Namun, majoritinya agak rendah - 60%. 85% indikator trend dan hanya 40% pengayun pada D1 berwarna merah. 15% pengayun memilih pertumbuhan pasangan ini, dan bakinya kekal neutral. Analisis grafik pada D1 menjangkakan pasangan ini akan turun menghampiri paras 1.2200 pada mulanya, dan selepas itu naik ke paras 1.2525.
    Paras sokongan berada pada 1.2245, 1.2200, 1.2165, 1.2000. Paras rintangan pula berada pada 1.2485, 1.2525, 1.2650 dan 1.2725;
  • USD/JPY. Nampaknya tiada siapa yang ambil peduli tentang pasangan ini sekarang. Tidak kira apa hasil mesyuarat Bank of Japan pada hari Selasa, 28 April nanti, ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada para pelabur. Walaupun begitu, jangan terlalu berharap dengan kejutan yang mungkin akan dibuat oleh penggubal undang-undang Jepun itu.
    Indikator pada kedua-dua tempoh masa berada pada keadaan yang amat membimbangkan (75-100%), dan ini menunjukkan bear akan cuba sekali lagi untuk melepasi sokongan pada 107.00. Jika berjaya, pasangan ini mungkin akan turun ke paras menghampiri 105.80. Sasaran seterusnya adalah pada 105.00 dan juga 104.40, namun melihat pada turun naik yang agak rendah pada minggu lalu, usaha mereka mungkin tidak membuahkan hasil.
    Penganalisis dilihat menyasarkan koridor sempit di mana pasangan ini berada. Justeru, tidak seperti indikator, pendapat mereka terbahagi hampir sama rata: 55% menyokong bear, 45% pula memihak bull. Paras rintangan paling hampir berada pada 108.00, kemudian 108.50 dan 109.50;
  • Matawang Kripto. Semakin hari semakin banyak kedengaran gambaran awal mengenai kejayaan matawang kripto utama pada tahun ini. Selain daripada pengurangan penghasilan Bitcoin pada bulan Mei nanti, sebab lainnya telah banyak kali disebut-sebut. Ini termasuklah keadaan makroekonomi yang negatif, pencetakan wang oleh bank-bank Pusat dalam jumlah yang besar, kenaikan kadar pengangguran serta kejatuhan harga minyak. Disebabkan oleh faktor-faktor tersebut, CEO ShapeShift Eric Voorhees percaya dengan kebarangkalian sebanyak 80% bahawa kadar tukaran Bitcoin mampu mencecah nilai $50,000 dalam tempoh dua belas bulan.
    Anthony Pompliano, pengasas bersama syarikat pelaburan Morgan Creek Digital bersetuju dengan Voorhees dan menyatakan BTC kini berada di ambang trend jangka panjang yang baru: dari paras semasa naik kepada $100,000.
    Ramalan lain pula diberikan oleh penganalisis matawang kripto Dave the Wave. Beliau memberi ramalan tepat mengenai kejatuhan nilai Bitcoin dari $11,600 kepada $6,000 menjelang akhir tahun pada Julai, 2019 dengan mengatakan matawang kripto pertama itu akan turun secara mendadak. Kini, beliau memperbaharui ramalan jangka panjangnya dengan menggunakan model lengkung berdasarkan sejarah nilai BTC. Beliau berpendapat kadar turun naik Bitcoin akan mula turun, namun perjalanannya masih lagi sukar. Dave the Wave menjangkakan pertumbuhan nilai matawang kripto pertama itu akan mencecah $130,000 menjelang 2023 dan beransur-ansur turun ke paras $40,000. Kemudian kadar tukaran Bitcoin akan naik secara perlahan-lahan dan selepas itu nilainya akan mencecah $400,000 menjelang 2029.
    Penganalisis Bloomberg mengunjurkan penurunan kadar turun naik pada ramalan tempoh sederhana, dan mengikut kata mereka, ini adalah suatu perkara yang penting: kadar turun naik yang agak luar biasa rendahnya pada Oktober 2015 adalah permulaan kepada perlumbaan bull sehingga harga Bitcoin mencapai paras tertingginya pada Disember 2017. Mereka percaya perkara sama mungkin akan berlaku sekarang.
    65% penganalisis percaya pasangan BTC/USD akan mengalami pertumbuhan pada minggu depan, walaupun sasaran yang diberikan agak sederhana dan jauh daripada nilai $10,000, malah $400,000. Pada pandangan mereka, bull sekurang-kurangnya perlu berada di zon antara $7,750-8,250. Kemudian naik lagi dan melepasi paras rintangan pada $9,000.
    Baki 35% penganalisis pula percaya pasangan ini akan terus mengalami turun naik pada julat di antara $6,700-7,400, dan jika berlakunya penurunan ke sempadan bawah, ia mungkin jatuh ke paras sokongan di sekitar $6,000.
  • Pasaran Saham. Pada minggu lalu, perkhidmatan online seperti Amazon, Netflix dan Apple mendahului pasaran. Menurut ramalan, kita juga akan terdengar tentang “lima gergasi TEKNOLOGI” beberapa hari lagi.
    Seperti Netflix, Amazon, gergasi e-dagang dan juga perkomputeran awan mendapat faedah besar berikutan kuarantin yang berjalan sekarang. Pertumbuhan Amazon diunjur sebanyak 22% manakala 21% pula menjelang suku keempat. Nilai saham Apple melonjak 82% pada tahun 2019 berbanding 32% pada S&P500 dalam tempoh setahun, keuntungan mereka pula turun 2% dan EPS (untung syarikat bagi sesaham) kekal tidak berubah.
    Bagi suku kedua, EPS untuk Google dan Facebook diunjur akan bertumbuh sebanyak 35% tahun demi tahun dan perkara ini akan menghasilkan pertumbuhan pendapatan yang positif. Microsoft dijangka akan menunjukkan pertumbuhan yang agak kukuh pada suku kedua tahun ini, sesuatu yang di luar jangkaan dari segi kuarantin dan juga larangan perjalanan yang sedang berjalan.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami