Mei 2, 2020

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

  • EUR/USD. Bacaan indikator makro langsung tidak menunjukkan keadaan ekonomi global dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku di Eropah adalah lebih teruk berbanding di Amerika Syarikat. Ekonomi di Eropah menyusut pada kadar tertinggi yang direkodkan dalam sejarah iaitu 3.8% pada suku sebelum ini serta 14.4% berbanding pada tahun sebelumnya, manakala Amerika Syarikat pula mencatatkan bacaan masing-masing sebanyak 1.2% dan juga 4.8%.
    Kedua-dua pihak Rizab dan ECB telah mengadakan mesyuarat pada minggu lalu. Berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan, bolehlah disimpulkan bahawa kedua-dua badan penggubal itu berasa amat bimbang mengenai prospek krisis yang sedang berlaku, namun pihak Rizab boleh dan akan bertindak serta-merta secara efektif dalam menyokong ekonominya berbanding rakan sejawat mereka di Eropah.
    Mengenai hal berkaitan peruntukan, penyata imbangan ECB telah meningkat kepada €645 bilion sejak awal Mac, manakala penyata imbangan pihak Rizab pula naik kepada $2.3 trilion. Bank Pusat Kesatuan Eropah telah menurunkan kadar program pinjaman jangka panjang LTRO tersasar daripada -0.5% kepada -1% serta mengumumkan pelancaran program pembiayaan bukan sasaran PELTRO pada kadar -0.25% namun mengekalkan kadar faedah utamanya pada 0%. Selain itu, para pelabur menjangkakan pihak ECB akan membuat keputusan untuk membeli bon “hilang taraf” - sekuriti dengan rating pelaburan yang berubah menjadi “teruk” akibat penyebaran wabak yang sedang dialami. Namun perkara tersebut tidak berlaku.
    Walau bagaimanapun, pihak Rizab Persekutuan AS juga mengekalkan kadar faedah mereka dan perkara ini membolehkan dolar kekal berada pada koridor lateralnya sepanjang empat minggu di antara 1.0750-1.1000. Selepas mencapai ketinggian 1.1018, pasangan ini mengalami sedikit pembetulan dan kemudian mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.0980;
  • GBP/USD. Secara umum, dinamik sebut harga mingguan bagi pasangan ini hampir menyamai EUR/USD, namun pembetulan yang dialami selepas lonjakan mendadak pada Khamis 30 April adalah lebih tinggi.
    Jualan besar-besaran matawang pound pada hujung minggu berpunca daripada kemerosotan fundamental yang sedang dihadapi oleh ekonomi di UK. Akibat penutupan sebilangan besar perusahaan utama, kadar bacaan PMI bagi sektor pembuatan turun dan mencatatkan rekod baru iaitu 32.6, dan bacaan tersebut amat rendah berbanding nilai kritikal yang ditetapkan iaitu 50.0.
    Hasilnya, setelah bermula pada paras 1.2365 pada hari Isnin, nilai pound berada di sekitar 1.2500 iaitu zon sokongan/rintangan yang kuat pada hari Jumaat, rugi 135 mata berbanding dolar sepanjang minggu;
  • USD/JPY. Dengan kadar turun naik yang sangat tinggi akibat daripada wabak COVID-19, korelasi songsang pasangan ini dengan S&P500 serta Nikkei225 amat jelas kelihatan baru-baru ini.
    Seperti jangkaan majoriti penganalisis (55%) yang mendapat sokongan hampir keseluruhan indikator pada H4 dan D1 (75-100%), minggu lalu sekali lagi dimulakan dengan serangan bear pada paras sokongan 107.00 iaitu paras paling penting bagi yen sejak berbulan malah bertahun dulu. Kejayaan dilihat hampir berlaku apabila pasangan ini mencecah hampir pada paras 106.35. Namun bear gagal untuk menggabungkan kejayaan mereka. Bursa-bursa di AS mengalami penyusutan yang agak teruk semasa dagangan hari terakhir bulan April ditutup. Niaga saham hadapan di S&P500 mengalami kerugian kira-kira 3.0%, manakala paras tertinggi Nikkei 225 sejak 8 minggu lalu turut jatuh. Mengikut aturan korelasi songsang, pasangan USD/JPY bergerak ke atas dan kembali ke paras ia bermula pada hari Isnin - berada di zon antara 107.40-107.50. Bear sekali lagi cuba untuk melepasi paras 107.00 pada hari Jumaat, 1 Mei, dan telah mengakibatkan pasangan ini mengakhiri sesi dagangan mereka dengan berada agak rendah sedikit dari paras itu - 106.85;
  • Matawang Kripto. Tarikh mula pengurangan penghasilan Bitcoin semakin hampir. Hal ini adalah lebih penting kepada para penganalisis serta pedagang kripto berbanding perkara yang berkaitan dengan wabak coronavirus. Penantian akan berakhir, segalanya akan berlaku pada 12 Mei. Seperti ramalan kebanyakan penganalisis (65%), nilai matawang utama ini melonjak apabila menghampiri permulaan pengurangan penghasilan, dan ia turut membawa bersama keseluruhan pasaran matawang kripto. Jika paras BTC/USD pada 24 April adalah $7,400, nilainya hampir mencecah $9,400 pada 30 April, peningkatan sebanyak 27% dalam tempoh 5 hari. Bilangan pemilik bitcoin yang memiliki sekurang-kurangnya 0.1 coin juga mencecah rekod baru iaitu melebihi 3 juta.
    Walau bagaimanapun, selain daripada bull yang bersikap optimis, terdapat juga bear yang bersikap pesimis di pasaran, dan mereka percaya nilai ketika pengurangan dimulakan telah dimasukkan sekali dalam harga pasaran semasa Bitcoin, justeru tiada sebab mengapa ia akan mengalami pertumbuhan mendadak. Ternyata perkara sama telah berlaku menjelang penghujung minggu lalu, apabila kebanyakan pedagang serta penghasil mula membuat pengeluaran hingga menyebabkan penurunan sebut harga BTC kepada $8,400 pada 30 April.
    Kemudian nilai bitcoin naik semula dan menjelang petang Jumaat, 1 April, ia berada di zon antara $8,700-9,000. Jumlah keseluruhan modal pasaran matawang kripto adalah $247 bilion (15% setiap minggu) pada penghujung minggu, manakala bacaan Indeks Fear & Greed Kripto meningkat dua kali ganda daripada 20 kepada 40, meninggalkan zon merah dan kini berada pada bacaan neutral.
    Bagi altcoin terkenal seperti Ethereum (ETH/USD), Ripple (XRP/USD) dan Litecoin (LTC/USD), mereka mengulangi dinamik matawang kripto rujukan tanpa membuat sebarang pergerakan bebas.

 

Untuk minggu hadapan pula, setelah merumuskan pendapat beberapa penganalisis dan juga ramalan yang telah dibuat menerusi pelbagai kaedah teknikal serta analisis grafik, ramalan kami adalah seperti berikut:

  • EUR/USD. Walaupun dengan krisis ekonomi yang melanda, penurunan KDNK serta peningkatan nilai pengangguran, indeks saham utama pada bulan April menunjukkan kejayaan secara keseluruhannya - para pelabur membeli semula aset yang jatuh mendadak pada bulan Mac dengan jumlah yang besar. Bagi EUR/USD, walaupun matawang Eropah menghadapi kesukaran, ia berjaya menghalang pertumbuhan dolar. Walaupun bear berulang kali memberi tekanan kepada euro dengan mengekalkannya pada sempadan bawah saluran sisi antara 1.0750-1.1000, pasangan ini mengakhiri bulan lalu dengan berada sama pada paras 1 April – hampir dengan had atas 1.1000. Kini, untuk matawang Eropah ini mampu bertahan daripada tekanan, pihak ECB perlu menggandakan usaha mereka bersungguh-sungguh. Namun, para pemimpin EU masih belum mencapai persetujuan mengenai bentuk geran atau pinjaman terhadap program bantuan yang akan dilaksanakan kelak. Tempoh lama yang diambil mengukuhkan lagi unjuran pasaran mengenai penurunan KDNK di Eropah sebanyak 12% yang mungkin akan berlaku pada tahun ini.
    Mari bincangkan mengenai minggu hadapan. Semasa ramalan ini ditulis, majoriti indikator berwarna hijau. Walau bagaimanapun, kira-kira 15% pengayun pada H4 dan D1 sudah memberi isyarat bahawa pasangan ini mempunyai lebihan jualan, ini menunjukkan mungkin nilainya akan pulih untuk berada di tengah-tengah saluran antara 1.0750-1.1000, dan ramalan ini dipersetujui oleh 65% penganalisis. Sasarannya adalah 1.0900 dan 1.0750. Jika trend ke atas terus berlaku, pasangan ini mungkin akan cuba untuk melepasi paras rintangannya pada 1.1100 hingga mencapai paras 1.1240.
    Antara peristiwa yang akan berlaku pada minggu hadapan dan mungkin memberi kesan terhadap pembentukan trend, anda perlu memberi tumpuan terhadap data aktiviti perniagaan serta pasaran buruh di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada 5 dan 6 Mei, dan yang paling utama sekali pada hari Jumaat, 8 Mei. Kadar pengangguran bulan April diramalkan 10% lebih rendah berbanding bulan Mac (14% vs. 4%), manakala NFP (bilangan pekerjaan baru bukan dalam sektor agrikultur) turun dari -701 kepada -20,000. Semua ini akan memberi kesan kepada dolar, namun seperti yang biasa berlaku, pasaran telah mengambil kira ramalan negatif ini terlebih dahulu;
  • GBP/USD. Indikator tidak memberi sebarang isyarat khusus mengenai masa depan pasangan ini, walaupun lebih banyak warna hijau yang ditunjukkan berbanding merah. Warna hijau mendapat sokongan analisis grafik pada D1, ia menyatakan paras pasangan ini akan naik ke ketinggian 1.2865 dalam masa 1-2 minggu, dan kemudian naik 100 mata lagi. Sasaran paling hampir adalah pada paras 1.2650 dan juga 1.2725. Sokongan berada pada paras 1.2245, 1.2165 dan 1.1965.
    Ramalan penganalisis terhadap pasangan ini juga neutral: satu pertiga memilih pertumbuhan, satu pertiga lagi penurunan, manakala satu pertiga yang terakhir memilih trend ke arah sisi. Namun jika beralih ke ramalan bulanan, kebanyakan mereka (60%) menjangkakan penyusutan nilai matawang British serta penurunan pasangan ini.
    Selain daripada keadaan ekonomi UK yang semakin merosot, pound juga menerima tekanan akibat ketidaktentuan mengenai Brexit, jelas penganalisis. Rundingan keluar daripada EU menemui jalan buntu, dan jururunding utama EU, Michel Barnier telah menyatakan bahawa Great Britain enggan berkompromi dalam kebanyakan isu fundamental. Selain itu, British enggan membuat sebarang penundaan terhadap proses akhir perpisahannya dengan Kesatuan Eropah sehingga menyebabkan Brexit secara paksa mungkin akan berlaku sekali lagi.
    Tumpuan harus dibuat pada hari Khamis, 7 Mei minggu hadapan semasa mesyuarat Bank of England berlangsung. Kadar faedah dilihat kekal tidak berubah pada 0.1%. Justeru, para pelabur lebih tertarik kepada polisi kewangan Bank of England. Inilah perkara mustahil yang mungkin akan berlaku. Memandangkan kemelesetan ekonomi British untuk suku kedua dijangka melebihi 8%, para penggubal boleh menambah lagi program pelonggaran kuantitatifnya, kini jumlahnya adalah £645 bilion;
  • USD/JPY. Buat masa ini, ramalan para penganalisis terhadap pasangan ini adalah hampir sama dengan ramalan GBP/USD – bilangan mereka yang mahu melihat penurunan nilai yen serta pengukuhan nilai dolar meningkat kepada 70% apabila beralih daripada ramalan mingguan yang neutral kepada ramalan bulanan. Indikator pada D1 pula menunjukkan perbezaan pendapat yang agak tinggi terhadap ramalan itu: 75% pengayun serta 100% indikator trend menunjukkan trend penurunan yang bermula pada 25 Mac akan terus berlaku manakala paras penyatuan pasangan ini berada di bawah paras utamanya iaitu 107.00. Sokongan berada pada paras 106.35 serta 105.00, manakala paras rintangannya pula berada pada 108.00, 108.50 dan 109.40;

  • Matawang Kripto. Pertama sekali, ramalan jangka sederhana dan panjang oleh pakar serta penggemar kripto. Ketua bursa CoinCorner, Danny Scott berkata krisis kewangan yang berpunca daripada wabak coronavirus telah memaksa lebih ramai pelabur untuk beralih kepada bitcoin. “Jika keadaan fiat, pasaran saham serta minyak masih lagi tidak stabil, nilai coin dijangka akan mencecah $20,000 atau lebih selepas pengurangan penghasilannya bermula. Wang fiat yang diterima sebagai bantuan kepada kebanyakan orang boleh ditukarkan kepada matawang kripto. Ramai yang mula takut mengenai hakikat dolar tidak lagi stabil dan menjadi aset dengan kadar turun naik yang tidak menentu".
    Penasihat kepada Warren Buffet, Preston Pish juga optimis mengenai bitcoin, beliau percaya harga BTC mampu mencecah $200-300 ribu. Pendapatnya itu adalah berdasarkan prinsip-prinsip asas, ia sekali lagi menyentuh tentang pengurangan penghasilan dan seterusnya bekalan coin yang tidak mencukupi di pasaran. Dalam masa yang sama, pendapat Pish itu menyimpang jauh berbanding pelabur dan juga jutawan terkenal, Warren Buffet yang bersungguh-sungguh menentang matawang kripto terutama sekali Bitcoin.
    Kapitalis peneroka Tim Draper juga bersetuju dengan Pish, beliau berulang kali mengatakan nilai BTC akan mencecah $250,000 menjelang akhir 2022 atau awal 2023. Beliau sekali lagi menyatakan ramalannya itu pada Virtual Blockchain Week dengan berkata salah satu pemangkin pertumbuhan matawang kripto pertama ini adalah penggunaannya dalam transaksi dagangan. Pada pandangan beliau, wakil-wakil daripada sektor ekonomi semestinya tidak dapat menolak kelebihan yang dimiliki bitcoin serta kos transaksi yang rendah. Tidak diragui lagi kosnya yang murah setelah mengetahui komisen bagi pemindahan BTC pada 22 April yang berjumlah $367 juta hanyalah 63 sen saja.
    Secara umum, walaupun kami cuba mengekalkan sikap optimis, sesetengah penganalisis berasa walaupun selepas penghasilannya dikurangkan, disebabkan oleh ganjaran yang diterima bagi setiap penghasilan blok diturunkan daripada 12.5 BTC kepada 6.25 BTC, hanya penghasil dengan kecekapan tinggi menggunakan peralatan baru serta akses kepada tenaga elektrik yang murah mampu bertahan dalam industri ini. Penggabungan seperti itu mungkin akan mengganggu ekosistem matawang kripto dan seterusnya memungkiri janji untuk menambah disentralisasi penghasilannya. Namun, jika terdapat peningkatan dalam kos bitcoin serta pengurangan harga tenaga yang disebabkan oleh krisis semasa, ia mungkin dapat memberi sedikit sinar kepada penghasil kripto berskala kecil untuk bertahan dan dalam masa yang sama mengekalkan kadar keuntungan.
    Mengenai ramalan minggu hadapan pula, paling mengejutkan adalah lebih daripada separuh penganalisis (55%) mengunjurkan penyusutan nilai pasangan BTC/USD ke zon di antara 7,700-8,000 dan bukan pertumbuhannya. Baki 20% menjangkakan pergerakannya di sepanjang garis $9,000, manakala hanya 25% merasakan sebut harga bitcoin akan mengatasi paras rintangannya pada nilai $10,000.

 

Kumpulan Analitik NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.


« Berita dan Analisis Pasaran
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami