Mac 16, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Untuk sepanjang minggu, nilai matawang Eropah semakin meningkat bukan saja disebabkan oleh pertumbuhan indeks Euro Stoxx 600, ia turut disertai dengan retorik pigeon oleh Ketua ECB Mario Dragi, tetapi sebab yang paling utama sekali adalah sikap optimis berkenaan syarat perpisahan (dan mungkin bukannya perpisahan) UK daripada EU. Hasilnya, pasangan ini melalui penyatuan semula di koridor jangka sederhana antara 1.1215-1.1570, julat di mana ia bergerak sejak akhir bulan Oktober 2018, malah ia turut menghampiri garis tengah, mencapai ketinggian 1.1338 pada hari Rabu, 13 Mac.

Lagi



Mac 9, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pasangan ini jatuh merudum pada hari Khamis, 7 Mac selepas pihak ECB mengumumkan adalah sia-sia untuk menunggu kadar faedah dinaikkan pada musim bunga ini. Paling cepat untuk ia berlaku adalah pada tahun 2020. Selain itu, umum telah pun sedia maklum tentang rancangan penggubal dasar di negara-negara Eropah untuk memulakan Operasi Pembiayaan Semula Jangka Panjang (Long Term Refinancing Operation, atau LTRO) pada bulan September – sebuah program bagi membiaya semula bank-bank di Eropah pada kadar faedah yang lebih rendah. Jika kita mengambil kira sekali tentang penurunan nilai KNDK dan juga kadar inflasi yang telah diunjurkan, serta statistik ke atas dagangan asing China di Eurozone yang kurang memberangsangkan, keadaan matawang Eropah dilihat tidak begitu baik.

Lagi



Mac 2, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 - 08 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Pada permulaan minggu, nilai euro bertumbuh disebabkan oleh tempoh bagi UK untuk keluar dari EU dijangka akan ditunda selama-lamanya. Pasangan ini melonjak ke garisan tengah koridor jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Namun, pada hari terakhir musim sejuk, pada 28 Februari, ianya berubah dengan sendiri, dan memberi inspirasi kepada penggemar matawang dolar. Anggaran KDNK AS bagi tahun 2018 rupa-rupanya lebih tinggi daripada yang dijangka. Indeks aktiviti perniagaan yang kuat di Chicago memberi kelebihan buat dolar. Hasilnya, pasangan ini turun, tetapi kegembiraan bear hanyalah sementara. Dorongan yang terlalu lemah sehinggakan ia langsung tidak mampu menghampiri ke paras sokongan pada 1.1300. Kemudian pasangan ini melonjak semula selepas Indeks Aktiviti Perniagaan ISM yang dikeluarkan pada 1 Mac menunjukkan nilai yang lebih teruk berbanding nilai terdahulu, malah ianya lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan ramalan mereka. Ia diikuti pula dengan percubaan yang tidak berjaya untuk menembusi pertahanan bull, dan pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada 1.1365.

Lagi



Februari 23, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 25 Februari - 01 Mac, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Hampir sepanjang minggu, pasangan ini kekal berada di kedudukan sama seperti seminggu, sebulan, malah dua atau tiga bulan yang lalu. Selain daripada lonjakan pendek, ia tidak mampu melepasi koridor jangka sederhana pada 1.1300-1.1500. Jika kita kembangkan saluran ini kepada poin maksimumnya, keluasan koridor sedikit bertambah: 1.1215-1.1570.

Lagi



Februari 17, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 18 - 22 Februari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Jika diimbas semula pada minggu lalu, komuniti penganalisis tidak dapat memberi pendapat yang jelas mengenai pergerakan pasangan ini. Ia disebabkan oleh kurangnya ketelusan dalam kedua-dua rundingan Brexit dan juga antara AS-China. Tambahan pula, para penganalisis menantikan data KDNK di Jerman dan juga EU untuk dikeluarkan, serta data inflasi dan juga jualan runcit di AS. Jika Eropah menunjukkan pertumbuhan yang diunjur sebanyak 1.2%, manakala di Jerman pula naik sebanyak 0.2% (daripada -0.2% kepada 0.0%), data yang dikeluarkan AS akan menyebabkan pasaran menjadi kucar-kacir. Jualan runcit jatuh sebanyak 1.2%, nilai maksimum dalam 10 tahun. Akhirnya, indeks dolar telah menggantung pertumbuhannya dan hilang kedudukan nilai tertinggi dalam tempoh dua bulan

Dolar juga turut memberhentikan pertumbuhannya terhadap matawang Eropah. Namun, jika kita dapat rumuskan keseluruhan lima hari dagangan, kemenangan tetap menjadi milik “rakyat Amerika”: pasangan ini mengakhiri minggu pada paras 1.1295 setelah bermula dari paras 1.1320.

Lagi



Februari 9, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 11 - 15 Februari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

EUR/USD. Satu daripada senario terbaru yang hanya disokong oleh 30% penganalisis adalah penurunan pasangan ini ke sempadan bawah saluran sisi jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Ini yang telah berlaku: setelah kerugian hampir 130 poin, pasangan ini merekodkan paras terendah mingguan pada 1.1320.

Lagi



Februari 2, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 04 - 08 Februari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Secara amnya, tiada sebarang kejutan yang berlaku pada minggu lalu. Tiada siapa menjangkakan kenaikan kadar pada mesyuarat FOMC pada kali ini, tetapi apa yang lebih merisaukan para pelabur ialah maklum balas pihak pengurusan Rizab Persekutuan mengenai perancangan mereka untuk tahun 2019. Firasat mereka tentang “pigeon” ternyata benar. Tanpa menjanjikan sesuatu yang jelas, badan penyelia tersebut menjelaskan keputusan untuk menaikkan kadar faedah perlu mengambil kira faktor ekonomi global dan juga benar-benar seimbang. Justeru, ketaktentuan itu telah menyebabkan dolar didagangkan dengan aktif, dan hasilnya pasangan ini melonjak ke sempadan atas saluran lateral jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Namun, situasi itu kembali reda, dan pasangan tersebut bergerak menuju arah bertentangan.

Lagi



Januari 26, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 28 Januari – 01 Februari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Retorik “pigeon” yang dibuat oleh Ketua ECB Mario Draghi dalam ucapannya pada 24 Januari lalu telah menolak pasangan ini ke sempadan bawah saluran sisi jangka sederhana antara 1.1300-1.1500. Namun, kegembiraan bear tidak kekal lama: selepas berada pada paras 1.1289, pasangan ini membuat pusingan dan kembali ke garisan tengah saluran di zon 1.1400 pada petang Jumaat. Apa yang difahami setelah pemeriksaan lanjut dibuat, Draghi tidak berkata apa-apa yang khusus. Mengenai pasaran buruh yang kukuh serta pengurangan risiko ekonomi di Eurozone, ketua ECB itu berkata sia-sia untuk mengadakan QE yang baru sekarang. Pada masa yang sama, tempoh masa bagi kenaikan kadar faedah pertama ke atas matawang euro masih kekal sama.

Lagi



Januari 19, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 21-25 Januari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Satu daripada ramalan yang dibuat ke atas pasangan ini adalah kembalinya ia ke had saluran lateral jangka sederhana di antara 1.1300-1.1500, serta garisan pertengahan sebagai sasaran utamanya. Senario inilah yang membuahkan hasil. Pasangan ini telahpun mencecah ketinggian 1.1400 pada hari Selasa, 15 Januari dan kemudian ia bergerak seiring dengan ketinggian tersebut sehinggalah penghujung minggu, menyebabkan ayunan berlaku dalam jarak yang sempit. Dalam masa sama, pasangan ini diberi tekanan sehingga membolehkan bear menurunkan kedudukannya ke paras 1.1360 di akhir minggu dagangan.

Lagi



Januari 12, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 14-18 Januari, 2019

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Pada hari Rabu, 9 Januari, selepas beberapa kali mencuba, pasangan ini berjaya melepasi had atas saluran sisi jangka sederhana di mana ia berada sejak bulan November 2018. Selepas menembusi halangan di sekitar 1.1500, ia mencapai ketinggian 1.1570, dan kemudiannya diikuti oleh trend menyongsang, dan sekali lagi pasangan ini dilihat berada dalam lingkungan saluran atas, mengakhiri dagangan pada paras 1.1470.

Lagi



Januari 6, 2019

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 07-11 Januari, 2019

Sebagai permulaan, sedikit ulasan mengenai apa yang berlaku minggu lalu, pada hari dagangan pertama yang mengejutkan ramai orang, tetapi menggembirakan sebilangan.

– Masih belum pulih selepas sambutan Tahun Baru, pasangan EUR/USD jatuh mendadak pada pagi 2 Januari, kerugian hampir 200 poin dalam sehari. Namun kemudiannya, semua kembali normal, dan pasangan ini dengan pantas kembali ke Pivot Point iaitu pada 1.1400, paras ia sering berada sejak Oktober 2018. Pada hari Jumaat, 5 Januari, dolar cuba untuk mengukuhkan kedudukan dengan menggunakan data pasaran buruh AS yang positif, namun ianya gagal, dan pasangan ini mengakhiri minggu pada 1.1394.

Lagi



Disember 28, 2018

Penyata Kewangan 2018 dan Ramalan Forex 2019

Rangkuman: Tahun 2018

Seperti biasa, penganalisis di Deutsche Bank membuat rumusan pada penghujung bulan Disember. Hasilnya sangat mengagumkan, dan terdapat sedikit konotasi negatif. 93% dari kesemua aset jatuh jika dibandingkan pada Januari 2018, malah nilai ini lebih teruk dalam tempoh 118 tahun kebelakang, hingga melepasi paras 84% yang dicatat pada tahun 1920.

Lagi



Disember 22, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24-28 Disember, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Walaupun pengukuhan dolar telah diunjurkan oleh 70% penganalisis dan turut disokong oleh 100% indikator menjelang kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, namun ianya tidak berlaku. Euro berkembang sepanjang minggu, mencatatkan kadar tertinggi untuk lapan minggu dagangan pada hari Khamis di ketinggian 1.1485...

Lagi



Disember 15, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17-21 December, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika unjuran pergerakan lateral di antara saluran 1.1310-1.1415 menjadi ramalan biasa pada minggu lalu, mesyuarat yang diadakan oleh Bank Sentral Eropah (ECB) dan pertemuan dengan presidennya iaitu Mario Draghi boleh dianggap perkara biasa. ECB menunaikan janjinya dan membuat keputusan untuk menyelesaikan program kemudahan kuantitatif bermula 1 Januari, 2019, dan Draghi menambah derita pelabur dengan kenyataan mengenai risiko kenaikan. Berdasarkan semua ini, ramalan pertumbuhan ekonomi serantau bagi tahun 2018-19 turun, dan nilai euro jatuh sebagai respon terhadapnya, tetapi masih lagi bergerak dalam had saluran tersebut...

Lagi



Disember 8, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10-14 December, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Ramalan kami mengenai data pasaran buruh yang lemah ternyata 100% tepat. ADP dan juga ISM pada sektor perkhidmatan juga tidaklah begitu menyakinkan, dan salah satu indikator utama, NonFarm Payrolls, jatuh daripada 237K ke 155K, iaitu hampir 35% penurunan...

Lagi



Disember 1, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03-07 December, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti yang dijangka, berita baik pertama yang mampu meningkatkan nilai euro adalah Sidang Kemuncak pemimpin Eropah mengenai Brexit. Hasil perbincangan yang positif membolehkan matawang Euro melonjak ke paras 1.1383 pada hari Isnin, 26 November, dan selepas itu pasaran dikuasai oleh dolar semula...

Lagi



November 24, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 26-30 November, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika dilihat carta pasangan ini, jelas bahawa menjelang petang hari Jumaat, 23 November, nilainya kembali menyamai nilai pada pagi Jumaat, 16 November. Hampir tiada hasil yang ditunjukkan pada minggu ini, dan ramalan yang hampir tepat adalah daripada indikator trend dan pengayun pada D1 yang hanya mengambil posisi neutral.

Bagi penganalisis pula, satu pertiga daripada mereka meramalkan pasangan ini akan terus mengalami fasa pembetulan sehingga paras 1.1450-1.1550 (paras maksimum minggu lepas adalah 1.1460), dan kemudian nilai dolar kembali kukuh. Ia benar-benar berlaku, dan hasilnya, pasangan ini mengakhiri minggu tersebut pada 1.1330...

Lagi



November 17, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 19-23 November, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Ramalan awal bagi pasangan ini mengatakan bahawa ia bukan saja akan turun ke paras terendah tahunan iaitu 1.1300 tetapi ia juga mungkin mencecah nilai sekitar 1.1200-1.1250. Itulah yang benar-benar berlaku: pasangan ini merekodkan nilai terendah pada hari Isnin, 12 November, dan kemudian menjunam ke paras 1.1215.

Kemudian pasaran dikuasai dengan berita mengenai Brexit. Akhirnya terma pengunduran Great Britain daripada Kesatuan Eropah telah dipersetujui, melonjakkan matawang Eropah, dan pasangan ini naik sebanyak 200 poin pada penghujung hari Jumaat, dan mengakhiri sesi mingguan pada paras 1.1415...

Lagi



November 10, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 12-16 November, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika diingat semula, 60% penganalisis menjangkakan pertumbuhan nilai euro ke zon 1.1480-1.1525 apabila membuat ramalan pada minggu lalu, dan ianya 100% tepat: pasangan ini melonjak ke ketinggian 1.1500 pada hari Rabu 7 November...

Lagi



November 3, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 05 - 09 November, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika diimbas semula kebanyakan penganalisis (55% berbanding 45%) memilih nilai dolar yang lebih kukuh, menjadikan nilai terendah tahun ini iaitu 1.1300 yang direkodkan pada 15 Ogos sebagai sasaran. Ramalan ini ternyata benar, dan pasangan ini berjaya mencecah nilai itu pada hari terakhir bulan Oktober yang turut dibantu oleh sikap optimistik Presiden AS berkenaan dengan rundingan bersama China. Memang benar, Larry Fink, ketua salah sebuah dana pelaburan BlackRock terbesar mempunyai pendapat bertentangan dengan D. Trump, bahawa beliau menjangkakan perang dagangan secara besar-besaran terhadap China pada minggu yang mendatang...

Lagi



Oktober 27, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 29 Oktober - 02 November, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Semasa membuat ramalan, kami menganggap tiada satu pun peristiwa pada kalendar ekonomi yang berlaku mampu untuk memberi impak terhadap pasaran. Ternyata ramalan kami tepat: reaksi pasaran adalah perlahan walaupun selepas kenyataan Pengerusi ECB Mario Draghi dikeluarkan, serta terhadap data KDNK AS yang 0.2% lebih tinggi berbanding daripada apa yang telah dijangka.
Ramalan kedua kami untuk minggu lalu adalah pertumbuhan nilai dolar, yang turut disokong oleh 70% penganalisis. Sememangnya ia lebih kukuh berbanding euro kira-kira 200 mata. Nilai pasangan EUR/USD turun secara teratur sepanjang minggu, sedikit demi sedikit, sehingga nilainya berada pada paras 1.1335. Kemudian nilai matawang euro meningkat sebanyak 65 mata, dan pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada zon 1.1400...

Lagi



Oktober 20, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 22-26 Oktober, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti yang dijangka, minggu lalu telah dipenuhi dengan pelbagai peristiwa. Ini termasuklah statistik makroekonomi AS, data inflasi Eropah, UK dan juga China, indeks sentimen ekonomi terkini di Jerman dan juga Kesatuan Eropah, mesyuarat Jawatankuasa Rizab Persekutuan AS mengenai Pasaran Terbuka, data KPNK negara China dan juga kemuncak Brexit Kesatuan Eropah...

Lagi



Oktober 14, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 15-19 Oktober, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Pasaran AS dilihat mengalami pembetulan secara berterusan dan melemahkan nilai dolar. Pada hari Khamis, 11 Oktober, indeks saham S&P500 AS kerugian 2% seterusnya, dan ia menyebabkan ramai pelabur melepaskan aset dolar. Proses itu turut didorong oleh khabar angin yang mengatakan Donald Trump akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari China Xi Jingping semasa kemuncak G20. Ia dilihat berkemungkinan akan melemahkan kedudukan AS. Akibatnya, setelah pasangan ini dapat bergerak ke atas, ia kembali ke sempadan sisi jangka sederhana yang bermula pada bulan Mei dan berada di sekitar 1.1525-1.1830, kemudian mengakhiri dagangan lima hari pada paras 1.1560...

Lagi



Oktober 5, 2018

Trend Lama yang Diperbaharui Broker NordFX: Berdagang Emas

Dengan pasaran matawang kripto yang menyusut, logam kuning yang megah ini boleh menjadi salah satu alat kewangan paling menyerlah bagi pedagang dan spekulator.

Lagi



September 29, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 01-05 Oktober, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti dijangka, terdapat pelbagai masalah yang berlaku terhadap kedua-dua matawang euro dan dolar AS minggu lalu. Pasangan ini melepasi kedua-dua sempadan atas dan bawah sisi koridor jangka sederhana antara 1.1525-1.1830 sepanjang minggu dagangan. Ternyata, kemenangan milik dolar. Ini disebabkan oleh hasil mesyuarat Rizab Persekutuan AS, turut memainkan peranan ialah pertumbuhan KDNK AS serta inflasi yang berlaku di Eurozone, dan tidak lupa juga masalah yang berlaku di Itali selepas pembentangan bajet 2019 yang dibuat kerajaan itu, yang menunjukkan defisit sebanyak 2.4% (bukan seperti yang dijangka iaitu 2%). Hasilnya, pasangan ini mengakhiri minggu dagangan pada 1.1602 selepas menunjukkan kemeruapan sebanyak 245 mata...

Lagi



September 23, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 24-28 September, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Jika diimbas kembali kebanyakan penganalisis (55%) meramalkan peningkatan dalam pertumbuhan pasangan ini serta peralihannya ke zon 1.1745-1.1845. Ternyata semua itu 100% tepat, dan ia berada pada paras 1.1802, iaitu paras tertinggi sepanjang minggu pada hari Jumaat pagi, setelah meningkat sebanyak 180 mata dalam tempoh lima hari.

Sebab utama dolar menjadi lemah adalah harapan orang ramai terhadap perang dagangan berskala besar antara China dan Amerika Syarikat yang boleh dielakkan. Kemenangan mutlak rakyat Amerika semakin samar, dan pelabur pula mengalihkan perhatian mereka kepada aset yang lebih berisiko dan mula mengurangkan jumlah dolar.

Lagi



September 15, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 17-21 September, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Dolar mendapat tekanan hebat sepanjang lima hari dagangan dengan perbezaan tinggi rendah mingguan adalah sebanyak 200 mata. Tiada apa yang menarik disampaikan semasa sidang akhbar selepas berakhirnya mesyuarat ECB, tiada perubahan dalam rancangan untuk mengetatkan polisi kewangan di Eurozone. Justeru, kejatuhan mata wang AS yang digelar "the Fed's nightmare" ini adalah disebabkan oleh keadaan deflasi yang berlaku di Amerika Syarikat, dan juga keputusan pihak berkuasa Turki untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 625 poin. Ia bukan saja mengakibatkan peningkatan nilai lira Turki, malah nilai matawang negara-negara membangun lain termasuklah euro juga turut meningkat...

Lagi



September 8, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 10-14 September, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti trend dan perubahan-perubahan yang berlaku, ramalan yang diberikan pada minggu lepas ternyata tepat: bermula pada hari Selasa, 6 September, kita dapat melihat nilai dolar yang lemah dan pertumbuhan pasangan ini, dan kemudian pada penghujung minggu, nilai dolar menjadi semakin kukuh akibat data pasaran buruh yang positif di AS menyebabkan penurunan nilainya. Walaupun berada di penghujung musim panas, turun naik pasangan ini jauh lebih rendah daripada yang dijangka: ia hanya bergerak 130 mata sahaja. Pasaran bertindak balas perlahan walaupun NFP (Non-Farm Payrolls) telah berkembang sebanyak 36.7% (naik dari 147K menjadi 201K), dan akibatnya, pasangan itu mengakhiri lima hari dagangan pada paras 1.1552, peningkatan sebanyak 50 mata sahaja bagi kedudukan dolar...

Lagi



September 2, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 03-07 September, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti yang dijangka, minggu ini dipenuhi dengan berita ekonomi yang tidak menentu, mengakibatkan pasangan ini bertumbuh pada awalnya, dan kemudian mengalami kejatuhan. Jika diingat, 45% penganalisis meramalkan nilai dolar menjadi semakin lemah dan menjangkakan pasangan ini akan bertumbuh ke paras 1.1750 disebabkan oleh rundingan antara AS-China yang bermasalah serta kenyataan presiden AS yang bercanggah dengan ketua Perbendaharaan. Ia benar-benar berlaku apabila pasangan ini mencecah paras tertinggi pada 1.1735.

Statistik yang lemah dari zon euro telah menyokong ramalan 35% penganalisis yang bersetuju mengenai pengukuhan dolar. Akibatnya, ramalan 25% penganalisis yang tidak dapat memutuskan arah aliran utama pasangan ini ternyata benar, kerana akhirnya ia kembali ke nilai seminggu yang lalu dan mengakhiri tempoh lima hari pada paras 1.1600.

Jika dilihat pada carta D1 dan W1, sudah jelas pasangan ini telah kembali ke saluran sisi dimana ia bergerak sepanjang pertengahan musim panas pada paras antara 1.1575-1.1750 setelah mencecah paras tertinggi pada bulan Ogos dan jatuh ke paras 1.1300...

Lagi



Ogos 26, 2018

Ramalan Forex dan Matawang Kripto bagi 27-31 Ogos, 2018

Terlebih dahulu, ulasan bagi minggu lepas:

– EUR/USD. Seperti dijangka, hasil perbincangan antara AS-China tidak begitu jelas: satu-satunya maklumat datang dari Kementerian Perdagangan RRC, Kementerian Kewangan China hanya dilaporkan berkata perbincangan tersebut adalah sesuatu yang jujur dan bermanfaat. Kenyataan seperti itu hanya boleh dianggap seperti tiada kata putus. Ucapan Pengerusi Perbendaharaan Jerome Powell juga tidak menerangkan apa-apa dan menyebabkan kejatuhan dolar sebanyak 30 mata.

Umumnya, pada minggu ini, euro meningkat hampir 200 mata, disebabkan oleh masalah serius yang melanda presiden AS dan pasukannya, sehinggakan pembantunya boleh dikenakan hukuman penjara dan Trump sendiri boleh didakwa. Keputusan Amerika Syarikat untuk menangguhkan kenaikan duti import kereta daripada EU juga memihak kepada euro. Hasilnya, pasangan itu mengakhiri minggu ini pada 1.1622, hampir pada rintangan 1.1630, seperti yang dijangka 45% penganalisis...

Lagi



1 2 3 4 5 6 7 Next
Terima
Latihan
Baru dalam pasaran? Rujuk bahagian “Untuk Bermula”. Mula Berlatih
Ikuti Kami